Sabtu, 31 Disember 2011

Sajak Buat Kekanda Ida....

Saya dan Ida



Buat kekanda Ida yg sy sayangi, sy titipkan sajak ini untuk ida hayati....

2012-satu perjanjian

2011,menemukan kembali sesuatu yg selama ini kucari,
Semoga 2012 dapat menyatukan kembali kiambang-kiambang,
yang terlalu sukar untuk bertaup
dipermukaan kali....
Nun, di atas celahan awan gemawan
Aku melihat engkau dan aku
kita ketawa bersama
sedangkan yg lainnya menyepi
tanpa sebarang suara...
Aku bertanya,
Kenapa mereka tidak mahu ketawa bersama-sama
Sedangkan cerita yg kubawa cerita gembira
Cerita yg kubawa tentang kita...
Lantas,
Engkau bersuara....
'jangan berduka adikku...2012 menjanjikan sesuatu untuk kita'
2012 akan mencipta sejarah baru
Kita akan ketawa semula
Kita akan gembira
Kerana kiambang yg engkau lihat bertaburan dan berselerakan itu
Akan bertaup kembali.
????????????
??????????
????????
???????
??????
?????
????
???
??
?

Ya, aku mengharapkan,
2012 memberikan satu perkhabaran gembira
Semoga, tahun ini,
Aku tidak bermimpi lagi.

Untuk kekuatan hati:
Don't be sad
You'll see
that one day everything is
going to be just fine
don't give up and try your best
Allah will always be with you

Khamis, 22 Disember 2011

Huda, Semoga Tabah

Hari ini, balik saja dari mesyuarat guru yg pertama sesi 2012, sy, kak Anom, kak Min dan pengetua melawat Ustazah Nurul Huda di Hospital Kuala Lumpur. Sejak berita sedih yg menimpa dia sekeluarga, baru hari ini sy berpeluang melawatnya. Anaknya yang berusia 5 tahun disahkan mengidap leukimia. Kalaulah sy yang tidak ada kaitan darah dgn kanak2 ini berasa sangat sedih, bayangkanlah perasaan Huda dan suaminya. Berat mata sy memandang, tentu  berat lagi bahu mereka memikul.

Sy insaf tatkala sy melihat kanak2 yg berada di wad ini. Sekaligus sy dapat merasakan ujian hebat sedang menimpa keluarga kanak2 ini. Pasti ibu bapa kanak2 ini sedang berperang berlawan dgn perasaan. Sy tahu, semua ibu bapa dalam keadaan sgt bersedih, namun apakan daya takdir Allah tidak mampu untuk kita melawannya. Di satu sudut, sy melihat seorang kanak2 yg juga berusia 5 tahun sedang khusyuk bermain 'game' nya. Kanak2 itu seoalah2 tidak mengalami sebarang penyakit. Wajah sungguh tenang. Sy mendengar melalui hujung2 telinga perbualan antara ayah kanak2 itu dgn salah seorang sahabat sy. Menurut ayahnya, anaknya itu menghidap kanser tahap 4. Kanser tersebut telah merebak di seluruh anggota badan dan kepalanya. 

Allah hu Akbar......
Oleh kerana hati sy mula goyah akibat kesedihan, sy mengalihkan perhatian sy ke arah anak Huda yg dari tadi asyik menutup wajahnya yg comel kerana mungkin malu dgn kehadiran kami. Melihat semangat Huda, sy menjadi begitu kagum dengan ketabahannya. Huda nampak kuat walaupun secara lahiriahnya sahaja. 
Di hati kecil ini, sy hanya mampu berdoa kehadrat Ilahi agar segala-galanya akan pulih kembali.

Dalam masa setengah jam itu, sy sempat menjenguk di wad2 yg lain. Hati sy benar2 tersentuh kerana melihat anak2 kecil yang gugur rambutnya akibat kesan kimo. Luluh hati sy sebagai seorang ibu melihat keadaan di sekeliling sy ketika itu. Tiada sebarang kata2 yg mampu sy ucapkan di sini cuma berdoa, dan terus berdoa untuk anak2 ini dan tabahkanlah hati ibu2 dan ayah2 yg sedang sarat diuji ketika ini. Buat Huda dan keluarga....sama seperti ayat2 drp sahabat2 yg lain, sy juga ingin menyatakan perkara yg sama....sabar, sabar, sabar, dan terus bersabar. Tidak ada lain perkataan atau baris2 ayat yg mampu sy keluarnya untuk Huda. melainkan bersabar dgn ujian ini.  Sesungguhnya, Allah itu maha adil sifatnya.

Huda, semoga tabah dan kuat melawan rasa sedih...

Rabu, 14 Disember 2011

Hai Lelaki....

Hai Lelaki.....
Itu saja yang boleh keluar drp mulut sy sambil menggeleng2kan kepala. Kemudian sy sejukkan semula hati sy yang agak panas membara, 'Bukan semua lelaki macam tu, ada ramai kat luar sana yang baik2 '. 

Sedih + marah + geram tatkala sy mendengar cerita Siti dua hari yg lepas.Pada awalnya, dia menceritakan tentang pengalaman dia dibedah akibat masalah di injap. Dia sempat menunjukkan pada sy kesan pembedahan yg masih jelas berparut di dadanya. Sebak hati sy melihat kesan pembedahan itu. Namun, apa yg lebih menyedihkan hati sy apabila dia menyambung cerita selepas dia selesai menjalani pembedahan tersebut. Menurut Siti, ketika dia masih berada di wad ICU, dia didatangi oleh tunangnya. Sakit yg dirasa, pasti berkurangan apabila melihat tunangnya yg datang menghampirinya ketika itu. Apa yg diharapkan, lain pula jadinya apabila tunangnya mengeluarkan kenyataan, mahu memutuskan pertunangan kerana tidak sanggup menjaga dia yg sakit. 
Tersentuh benar hati sy mendengar cerita Siti. Ada juga manusia yg tidak ada hati kat dunia ni. Kalau iya pun, tunggulah kawan sy ni sihat sepenuhnya dulu.

Tapi, itu semua cerita dulu.Sekarang, kawan sy ni dah pun mempunyai dua org cahaya mata dengan seorang lelaki yg selayaknya mendapat status suami.. Sy doakan semoga hubungan Siti bersama suaminya kekal bahagia selamanya. 

Buat Siti: percayalah apa yg berlaku suatu ketika dulu sememangnya dlm perancangan Allah. Memang DIA yg menggerakkan hati tunang Siti untuk melafazkan ayat itu dulu kerana Allah hendak memberikan  seorang suami yg lebih baik drp dia untuk Siti.

Buat para lelaki yg bergelar kekasih/tunang: belajarlah untuk berkongsi rasa bersama2 pasangan anda kerana rasa itu perlu dikongsi bukan ketika gembira sahaja, malah ketika berduka juga.

Buat insan yg bergelar suami: jangan menggunakan gelaran itu untuk menghalalkan apa saja berkaitan nafsu sebab tanggungjawab seorang suami itu sangat besar.

Buat Suami yg selayaknya memikul gelaran itu : Terima Kasih atas segalaNya.

Walau apapun, sy sedar bahawa "Sebaik-baik lelaki ialah.....ya  Rasulullah"

Isnin, 12 Disember 2011

Jalan Yang Mana?

Anak2 selalu mencemaskan ibunya....atau seorang ibu memang sentiasa cemas dgn apa sahaja yg melibatkan  anaknya. Memang sukar untuk meluahkan apa sahaja yg ada dalam hati apabila berkaitan dgn anak2. Bagi sy, mendidik anak kecil jauh lebih mudah. Senang dipujuk, senang ditegur dan senang juga dimarah. Bila kena marah, anak2 kecil akan merajuk, dan apabila dibelikan saja aiskrim, semertalah akan hilang merajuknya.

Berhadapan dengan anak remaja?????
Mudah bagi ibu bapa yg memang ambil mudah. Tapi, sangatlah tidak mudah bagi ibu bapa yg memang tak boleh ambil mudah. Lihat sahajalah di luar sana...berapa ramai remaja yg masih melepak hingga larut malam? Di mana peranan ibu bapa mereka????? Malam tadi, ketika sy ke McD bersama anak dan suami, punyalah ramai remaja yg masih bersekolah dok bersembang2 walaupun pd masa tu dah pun pukul 2.25 pagi. Sampaikan anak sy boleh bertanya : "Mak bapak diorang tak marah ke,mama?" . Sy terus bagi respon semerta.
"Itulah tandanya mak bapak dia sayangkan anak2......Didi rasa, bagus ke waktu2 begini masih lagi duduk kat luar?" . Soalan sy tidak dijawab. Persoalan itu mati di situ saja.

Berhubung dengan bab anak2 ni, sy memang selalu panik dgn mereka. Apatah lagi anak2 bukan di depan mata. Sedangkan anak2 yg masih tinggal dgn keluarga pun boleh buat pelbagai perkara, inikan pula di belakang kita. Nak ditegur, takut juga anak2 merasa dikongkong....tak ditegur, sy lagi takut dgn hukum Allah kerana itu adalah antara yg akan ditanya oleh Allah kelak. Bukankah anak2 itu amanah daripadaNya? Sy kena jaga mereka selagi mereka belum berumah tangga.

Kadang2, sy kehabisan idea untuk bercakap soal ini dengan anak2. Bukan semudah untuk  melafazkan " Tak Boleh" kepada mereka sbb anak2 remaja sekarang memerlukan alasan jika kita kata 'tak boleh'. Contohnya, bukan mereka tak tahu mendedahkan aurat itu berdosa, tapi mereka buat juga. Apa alasan yang sebaiknya untuk kita jelaskan mengapa membuka aurat itu 'tak boleh'.

Sejak anak2 sy kecil, memang selalu mereka mendengar ayat ini drp mulut sy, Semua ibu bapa sayangkan anaknya dgn pelbagai cara. Dan cara sy menyayangi mereka dengan apa yg sy lakukan sekarang ini.Mungkin masa dulu mereka tak faham dan masa sekarang pula mereka sukar nak terima tapi, sy percaya cara ini jugalah yg akan mereka gunakan apabila anak2 sy mempunyai anak kelak.  Bukan hendak pertikaikan, tapi apalah erti sayang bagi seorang ibu/bapa kepada anaknya jika mereka mengheret sama anak2 mereka ke neraka? Kalau dah mereka membiarkan dan membenarkan perlakuan anak2 yg tidak sepatutnya, bukankah ini bermakna mereka sudah membuka lorong untuk anak2 menuju ke 'sana'? Jadi, fikirlah sendiri wahai ibu2 dan bapa2 yg sayangkan anak2 kalian. Pilihlah 'jalan' yang mana untuk anak2 kalian lalui.

Buat anak gadis saya, ingin sekali sy berpesan. Jangan mudah ditimpa perasaan apabila mendengar kata2 pujian drp lelaki kerana tipikal perempuan memang suka dipuji. Dan di situlah lelaki mengambil  peluang ini. Buat anak teruna saya, jangan lupa melengkapkan diri untuk menjadi mursyid pada suatu hari nanti. Kalau kita tidak boleh menguasai nafsu sendiri, bagaimana kita hendak menjadi pemimpin pada keluarga sendiri kelak? 
Buat anak2 juga, sy ingin berpesan " Kamulah harta yg paling berharga yg akan sy tinggalkan dan menolong meringankan dosa2 yg pernah sy lakukan. Jadilah anak2 yg soleh kerana doa daripada kalianlah yg akan mengurangkan segala siksaan. Sy tidak memerlukan apa2 , melainkan doa selepas sy tiada di bumi Allah ini".

p/s: Amal, Nana dan Didi...percayalah, kalian tidak dapat kasih sayang yg sama seperti kasih syg mama.Kasih sayang ini akan kekal dan mekar selamanya.


Ahad, 11 Disember 2011

Merdeka!!!!

Hari ni, sy dah membereskan satu tanggungjawab besar. Lega....dan bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi sy kekuatan mental dan fizikal. 14 hari sy langsung tidak tidur malam walaupun seminit semata2 nak menyiapkan tugas ini. Pukul 10.00 pagi baru cari bantal nak tidur. Bangun je, dah pukul 1.00 petang. Selama itu jugalah sy makan dihidang. Owhhhh.....terima kasih buat suami yg penyayang. Terima kasih atas segala-galanya.




Tapi yg paling best, anak bongsu sy, Didi. Sentiasa menemankan sy sepanjang malam. Pantang tengok sy mengeluh kerana lenguh leher dan tangan...segera dia picitkan. Terima kasih, Didi....Mama berdoa sangat, smoga Didi menjadi anak yg baik...So, lepas ni banyaklah masa kita bersama.



Hari ni, otak sy benar2 ringan...Baru rasa nikmat bercuti panjang. Lepas ni, barulah boleh merancang untuk pergi bercuti. Tapi, yang menjadi masalahnya, nak dapatkan cuti serentak dengan anak2, bukan satu perkara yg mudah.

Jam dah pun menunjukkan pukul 2.30 pagi. Di sebabkan mata sy dah terajar tak tidur malam, so malam ni sy terkebil2 la pulak. Lepas post je entry ni, apalagi sy mulalah beroperasi...membersihkan dapur yang berminyak sana sini (al-maklumlah, 2 minggu suami masak je...lepas masak, tak lap dapur.).
Padan dengan muka sy.....

Apapun....sy Redha!!!!!!!


Khamis, 1 Disember 2011

Tak Ingat Dunia.....

Owhhhhh...tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk,
Cuti sy tidak bermakna. Sibuk sampai tak ingat dunia. Dah lama tak tengok dapur kerana terlalu sibuk mengejar masa. Sy kena siapkan tugas ini sebelum 13 Disember.  Lepas tu, rehat 2,3 hari sambung pula kerja lain. 

Tapi, orang2 di luar sana memandang pekerjaan guru ni, pekerjaan yg paling senang di dunia. Kalau begitu, silalah masuk ke dunia kami....lepas tu, baru boleh buat pelbagai konklusi. 

Walau bagaimanapun, mereka kat luar sana pun, tidak boleh dipersalahkan....
Sebabnya, mereka menilai dari aspek yg mereka tahu dan nampak je. Mana mereka tahu apa yg kita buat masa cuti panjang ni. Contohnya sy sendiri. Dah hampir seminggu sy tak kenal malam dan siang. Dah hampir seminggu juga sy tak masak untuk keluarga. Dah hampir seminggu juga sy tak bergurau senda dengan anak-anak. Mana mereka kat luar tahu, kan????

Itu semua tak penting, kerana apa yg kita buat kat dunia ni, bukan untuk dipertontonkan...Perkara2 bergini, biarlah antara kita dengan Tuhan. So, tak payah melentinglah ya. Sy pun dalam usaha memerbaiki diri supaya tidak cepat melatah dan melenting. Maklumlah, kita smua baru saja sambut Ma'al Hijrah, kan? Tak salah kalau kita berusaha untuk berhijrah ke arah kebaikan.

Assalamualaikum....

p/s: Skarang ni, dok mengadap laptop sbb nak rehatkan minda.....

Selasa, 22 November 2011

Seni Itu Indah dan Luas....

Gubahan buah-buahan yg sy buat sendiri.....
Ni untuk program X-Plus dan pada awalnya cenderahati ni hendak disampaikan kepada perasmi program iaitu Dato'Noh Omar, tetapi di saat2 akhir, Dato Noh Omar tak dapat datang. So, cenderahati ni diserahkan pada perasmi yg lain. Percubaan pertama sy, menggubah buah-buahan di dalam bakul.



 Di bawah ni pula, gubahan bunga untuk sy berikan kepada anak sahabat sy semasa hari konvonya...cantik tak?????

Yang ini pula, catan yang pernah sy hasilkan suatu ketika dulu....Kalau ikut pensyarah sy, catan ini gagal memenuhi citarasa masyarakat Malaysia kerana belum cukup mantap untuk diangkat sbg catan yg baik.


Ni pula, hasil ukiran kayu sy. Memang tangan sy ni kurang berseni jika hendak dibandingkan dengan rakan2 yg lain. Memang sy akui pun, sy agak kurang sedikit bab2 seni visual ni....Mungkin minat sy lebih kepada seni persembahan.
Ha...tentang seni suara ni, sy memang lebih berkeyakinan berbanding dengan seni visual ni. Sekarang ni, sy cuba mengurangkan aktiviti2 seperti ini. Masa ni, bukan sy suka2 pun....just mengambil bahagian dlm salah satu program yg harus disertai oleh semua student...so, hentam sajalah...



Rabu, 16 November 2011

Kehilangan............

Hari ini sy berpeluang menziarahi ibu murid yang meninggal di Jaya Setia. Ya...ibu kepada Allahyarhamah Nabila Aisyah dari tingkatan 4 Sains 1. Terpandang saja wajah ibunya, tercuit seketika hati sy kerana wajahnya ada banyak persamaan dengan arwah. Yalah, apa yang nak dihairankan, dah mereka anak beranak.

Tujuan sy ke sana, hanya untuk menyampaikan wang sumbangan drp guru2 di SMKRMM. Kehadiran sy dgn Kak Min (rakan sy), amatlah menggembirakan hatinya yang memang terlalu sepi dan kosong sejak kehilangan arwah. Sempat juga kami berbual seketika. Dan perbualan kami, tentu tidak lari drp topik 'kehilangan'.
Butir2 yang lahir drp mulutnya, jelas dia masih bersedih walaupun kejadian itu telahpun 41 hari berlalu. Sy lebih byk mendengar daripada bercakap. Lebih baik memberi ruang dan peluang untuk dia meluahkan apa yang terpendam. Sy tahu dia sangat sedih tapi dlm masa yg sama, dia juga berusaha mengumpul segala kekuatan dalaman yg ada untuk melawan rasa sedih itu. 

Tidak ada yg tidak baik yg lahir drp mulutnya melainkan yg baik belaka tentang sikap anak gadisnya itu. Sedih  hati sy apabila dia dengan telus dan tulusnya memberitahu daripada Arwah Nabila lah dia boleh mengaji dan menghafal beberapa doa. Alhamdulillah....sesungguhnya memang arwah anak yg baik dan solehah.

Tidak lekang drp bibirnya menyebut nama arwah yg memang diakui olehnya sendiri memang anak yg baik. Tapi, apa kan daya....takdir Allah tiada siapa yg dpt menghalangnya. Sy menyaksikannya melalui mata hati  akan kekosongan jiwa yg dialami oleh wanita ini. Ingin sj sy memeluknya erat2 sebagai tanda sy sangat memahami. Sekurang2nya, sy dapat meredakan kesedihan hatinya tp dlm masa yg sama sy terfkir juga, cara sy akan menambahkan luka dihatinya. Memandangkan sy terpaksa mengejar masa, pertemuan sy dengannya tidak panjang. Sy harus beredar segera kerana ada urusan yg patut diselesaikan.

Sy meninggalkan ibu arwah dlm keadaan yg sangat sayu. Terdetik jauh di sudut hati sy, ' Adakah Allah akan menguji hambaNya dengan mengambil sesuatu yang sangat kita sayangi?'Bersediakah sy ketika itu? Allah hu Akbar"........  Seketika itu juga sy memanjatkan doa " Ya Allah, ujilah aku dengan ujian2 yang mampu aku tanggung. Aku tahu, semuanya Hak Mutlak Engkau, ya Allah tapi aku mohon padaMu, kerana Engkau yang Maha mengetahui akan hambaMu ini"

p/s: Manfaatkanlah waktu bersama2 orang yg kita sayangi supaya kita tidak menyesal akan kehilangannya.....entah bila....

Khamis, 10 November 2011

Ya....Dia Memang Sahabat Saya

Hari ini, sy benar2 tersinggung.....
Bukan sekali dua sy rasa tersindir dgn rakan2 sekerja. Kalau sy melenting atau menjawab kata2 mereka, segera pula mereka memberi respon yg kononnya mereka tidak berniat atau hanya bergurau. Mengapa orang2 'kita' suka bersikap sedemikian rupa? Mengapa orang2 'kita' suka berburuk sangka? Mengapa orang2 'kita' terlalu byk spekulasi dlm minda mereka.



Kak Pah : Ala, Nora tak payah nak isi borang cuti....pengetuanya kan adik beradik?
Kak Joyah: Buat apa Nora minta pindah,? Kan kakaknya ada kat sini....
Kak Limah : Nora bolehlah, pengetua tu kawan baik dia....
Kak Temah: Syyhhh...depan Nora tak boleh kutuk2 pengetua, nanti adiknya marah.
Kak Senah: Cuba tanya Nora, mesti dia tahu kemana pengetua hari ni?
Poni: Kak Nora dtg ke sini (Hospital) dgn pengetua? Mengapa tak bawa PK1 sekali???

Begitulah kata2 yg sering sy dengar sejak sekolah sy menerima pengetua baru. Kebetulan, pengetua baru ni, memang sahabat baik sy. Kami pernah satu sekolah bersama. Bukan setakat sahabat baik, malah pengetua ni merupakan kakak, ibu, atau boleh jadi apa sahaja dalam hidup sy. Kami pernah mengharungi suka duka bersama. Kami pernah menangis bersama. Dan sejak sy mengenali manusia ini, barulah sy sedar akan kebenaran pepatah melayu : 'Kawan ketawa mudah diperolehi, kawan menangis sukar dicari'. Dan ciri2 sahabat sejati itu, ada pada manusia ini......yang kini menjadi pengetua di sekolah sy.

Sy tidak tahu mengapa hubungan baik sy dgn pengetua mendapat liputan begitu meluas sekali. Setahu sy, tidak ada satu situasi pun yg kami cipta hingga membolehkan orang lain rasa meluat atau benci dengan hubungan yg sedia ada. Sy tidak pernah kelihatan ke hulu dan ke hilir bersama dalam kawasan sekolah. Apa yg menyebabkan rakan2 sekerja sy merasa iri atau tidak senang hati melihat hubungan ini? Salahkah sy jika sy baik dengan pengetua? Hubungan kami telah terbentuk sebelum ini, jadi adakah wajar sy memutuskan hubungan baik kami setelah dia menjadi pengetua? Yang paling menakjubkan, begitu pantas cerita tentang hubungan  baik sy dgn pengetua ini tersebar walaupun ketika itu baru seminggu pengetua bertugas di sekolah sy. Kesimpulannya, bukan dunia artis saja yg ada wartawan....malah di sekolah2 juga ada guru2 yg boleh mencari dan mengorek  rahsia seseorang lalu menyebarkannya dgn bgitu pantas sekali mengalahkan tugas wartawan profesional lagi.

Wahai rakan2 sekerja sy....
Sila 'list'kan, apa perbuatan sy hingga menyebabkan ada di antara kalian yg berasa tidak senang dengan hubungan ini. Apa sebenarnya yg kalian rungsingkan? Apa sebenarnya yg ada di hati kalian hingga menyebabkan kalian tidak sedang dgn hubungan sy dan pengetua. Adakah kalian rasa sy akan mendapat keistimewaan kerana mempunyai hubungan yg baik dgn pengetua. 

Wahai rakan2 sekerja sy....
Sy hanya berkawan baik dgn seorang manusia yg kini menjadi pengetua sy. Dia hanya pengetua, bukannya Perdana Menteri. Agak2nya, apa keistimewaan yg boleh seorang pengetua beri pada seorang guru biasa seperti sy????Berhentilah dari berprasangka.....

 Sy teringat suatu ketika dahulu, sy sangat baik dengan seorang insan bernama Miszalin ketika kami sama2 belajar di MPSAH dan hubungan kami juga menjadi hangat satu kampus. Terlintas juga di fikiran sy, mengapa setiap kali sy mempunyai sahabat baik, ia akan menjadi hangat, sehangat gosip artis. Puas berfikir, sy telah mendapat jawapannya....
Apa jawapannya????
Jawapannya: Sy adalah orang yg sangat menghargai persahabatan dan menyayangi sahabat sy smpai bila2. Dan sy juga yakin, sahabat sy juga sama seperti sy. Jadi, hubungan yg tulus itu, pasti mendapat perhatian drp orang2 di sekeliling sy. Mengapa???? Sebab ramai antara kita suka menjadi sahabat yg menikam sahabatnya sendiri. So, mereka yg bersikap seperti ini, merasa pelik adanya manusia spt sy dan siapa sj yg menjadi sahabat sy.

p/s: Miszalin, sy sangat menyayangi awak sampai bila2........Dan, kini Kak Mun yg kini menjadi pengetua sy juga berada di hati sy. Sy rasa, hanya awak saja yg mengetahui apa erti persahabatan itu.


Khamis, 3 November 2011

Lambaian Pantai Teluk Cempedak

Teluk Cempedak yang indah....
Pantai yg sungguh bersih dan cantik, sesuai untuk menenangkan fikiran. Sesuai juga bersantai seisi keluarga. Sayangnya, sy tak lama di sini kerana tuntutan masa yg memaksa sy kena pulang segera. Sy dan family sempat singgah seketika selepas menghantar anak ke UIA. Esok,sy kena hadir dalam satu taklimat di PKG,Felda Suharto selama 3 hari. So, sy titipkan kenangan di sini....dan insyallah sy akan ke sini lagi. Maklumlah, potensi sy akan hadir ke sini memang ada kerana insyallah, anak sy akan berada di sini selama 4 tahun dan sy juga boleh ikut jalan ini jika sy ingin pulang ke kampung mentua....Dibawah ini, sy titipkan beberapa gambar sepanjang sy berada di sana.....

cantik,kan????

putera dan puteri sy

Didi yg masih manja

pantai yg bersih....
dapat menenangkan minda 

Selasa, 1 November 2011

Sudah Begitu Kehendak Tuhan


Sedih kehilangan murid pd bulan lepas belum lagi reda....sy kehilangan pula seorang lagi murid 3 KRK pada 30 Oktober baru-baru ni. Memandangkan sy guru tingkatannya, mestilah kehilangannya  benar2  membuat sy terasa. Rasa hendak runtuh bumi Allah ini apabila mendengar perkhabaran mengatakan Khairul Afiq meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Sebu dan sebak dada sy kerana dalam masa tidak smpai sebulan, sekolah kehilangan seorang lagi murid yg sangat pintar dan mempunyai sahsiah yg sangat terpuji. Lebih menyedihkan adik bongsunya juga meninggal,seorang adiknya dikatakan koma dan seorang lagi patah kaki. Hingga ke saat ini, ibunya jg masih tidak sedar diri sepenuhnya.

Baru  minggu lepas sy membawa murid2 3 KRK dan 3 KAA pergi ke Zoo Negara dan Times Square. Tidak banyak dapat bercakap dengan Afiq kerana dia memang seorang murid yg pendiam. Cuma sempat menasihatinya agar tidak terlibat dgn dunia percintaan sepanjang dia bergelar murid sekolah. Maklumlah, murid2 yg pandai adakalanya pun boleh kecundang dek penangan cinta pra-matang. Afiq hanya minta sy mendoanya agar dia teguh dengan pendiriannya selama ini. 

Apa yg harus sy katakan tatkala Allah mengambil nyawa sesiapa sj yg DIA mahukan. Mahu atau tidak, kita semua kena akur dgn ketentuan dan janji Allah. Apa hak kita untuk mempertikaikan semua ini. Walau sesayang mana sekalipun kita kepada dia, hakikat sebenarnya, kita semua adalah milik Allah. Baris terakhir surah Yassin, jelas menyatakan, ......Maha suci Allah yang semuanya dalam kekuasaanNya dan kepadaNya kita semua akan pulang kepadaNya jua...

Tidak tahu kenapa....aura Khairul Afiq begitu dekat dgn sy. Apalah rahsia Allah di sebalik kejadian ini? Manusia sebaik2 dia, boleh pergi buat selama-lamanya dalam usia yg sgt muda. Dia benar2 contoh anak yg baik, dan murid yang cemerlang dlm setiap aspek.

Walau bagaimanapun, sy yakin Arwah berada di tempat yang selayaknya buat dia. Apalah dosa yg sempat dilakukannya dalam usia 15 tahun dia menumpang di bumi Allah ini. Apatah lagi adiknya yang baru berusia 2 tahun. Cuma sebagai manusia yg serba serbi lemah, sy masih kurang mampu menghilangkan rasa sedih yg teramat sangat di hati ini.  Terlalu sekejap rasanya sy mengenali manusia yg bernama Khairul Afiq ini....belum sempat sy ingin membina keyakinan dirinya yg sebelum ini dia memang menunjukkan sikap tidak yakin pada diri. Baru sahaja rasanya sy melibatkan arwah dlm drama sempena program perasmian dan penutupan bulan patriotik. Itupun setelah puas sy memujuknya. Mungkin kerana  seronok, dia berjanji akan turut serta jika drama seumpama ini di adakan pada tahun akan datang. 

Apapun, sy yakin...kesedihan ini akan lenyap juga di telan masa dan waktu. Buat Arwah Khairul Afiq dan adiknya, sy berdoa agar Allah meletaknya kalian bersama2 orang yg beriman. Buat ibu serta adik2 arwah yg masih berada di hospital, cepat sembuh seperti sedia kala. Buat keluarga arwah, semoga tabah menghadapi ujian berat ini. Sesungguhnya setiap kejadian itu, adalah yg terbaik walaupun kita tidak tahu apakah rahsia di sebaliknya.....al-Fathihah...
Kenangan terakhir sy bersama Arwah Khairul Afiq di Zoo Negara


 

Selasa, 25 Oktober 2011

Malang Tidak Berbau

Pagi Selasa....
Mood nak buat kerja rumah,memang tak ada langsung!!!! Malam tadi susah pulak nak tidur krn jiran2 yg beragama hindu dok sibuk bermain mercun kerana terlalu gembiranya mereka nak sambut Deepavali. Sebagai penduduk Malaysia yg terdiri dari pelbagai bangsa dan agama, sy kena faham dan memaafkan mereka walaupun sebenarnya perbuatan mereka sangat mengganggu kenteraman awam. Agaknya, sama jugalah yg mereka rasa bila org2 Islam nak sambut raya.

Disebabkan pagi2 ni,sy tak ada mood nak masak dan nak berkemas, so........apa kata sy kongsikan cerita tentang satu artikel yg sy baca tentang bahayanya kita mencangkung di atas mangkuk tandas atau disebut WC duduk. Almaklumlah, tandas2 awam sekarang, kebanyakannya terdiri dari mangkuk duduk, dan jarang pulak kita jumpa mangkuk tandas awam ni bersih. Memang geli geleman dibuatnya dan kadang2 boleh tak jadi nak melepaskan hajat besar tu dek kerana mangkuk tandas yg sgt kotor. Disebabkan tiada pilihan, ada di antara kita yg terpaksa mencangkung kerana geli hendak duduk di mangkuk tandas yg sangat kotor. Yang menghairankan, nak masuk tandas kena bayar sampai 0.50 sen. Ada kalanya, melebihi 0.50 sen. Apa yg diorang selenggarakan jika tandas sentiasa kotor???Hal seperti ini, tidak pula kita  jumpa di Singapura. Tandas2 di Singapura, sangat terjaga dan terpelihara. Adakah rasa kesedaran tentang kebersihan terlalu tinggi terhadap rakyat Singapura hingga tandas mereka boleh dibuat tempat untuk bersantai?

Berbalik dgn cerita sy, kejadian ini berlaku pada seorang gadis yg duduk mencangkung di atas WC duduk dan akibatnya mangkuk tersebut pecah dua lalu menyebabkan sebahagian anggotanya cedera. Perkara ini tidak mungkin terjadi jika tandas awam bersih. So, tidak ada lagi yg mencangkung di atas WC duduk.

  
p/s: semoga kita sama2 menjaga kebersihan tandas awam agar tidak ada yang mencangkung di atas tandas duduk




Ahad, 23 Oktober 2011

Alasan Helah Bela Diri

Bosan membaca alasan2 artis untuk membela diri mereka sendiri. Macam tidak ada ilmu langsung apabila memberi alasan terhadap apa yg mereka lakukan. Yang menghairankan, ada kalanya alasan mereka bercanggah pula dgn tuntutan Islam. Contohnya, bila ada yang pergi ke disko, kelab2 dgn berpakaian mencolok mata....dan apabila ditanya, dengan mudahnya mereka akan menjawab:
' Sy tahu apa yg sy buat dan yang penting ibu bapa sy tahu dan restu apa yg sy buat'.
Persoalannya di sini, bila ibu bapa mereka tahu, adakah mereka terlepas daripada hukum Allah? Bila ibu bapa mereka restu dan memaafkan  atas apa yg berlaku, adakah mereka mendapat kemaafan drp Allah?

Sama juga kesnya bila ada artis yg berani berpakaian hampir seperti orang yg tidak berpakaian tersebar di internet. Mereka dgn mudahnya memberi jawapan, mereka berpakaian seperti itu, bukan di Malaysia. Kadang2, sy tergelak sendiri.....Alasan mereka seolah2 menunjukkan Allah itu hanya ada di Malaysia sahaja ke? Memang kadang kala, lucu juga apabila alasan2 yg mereka beri, memang tidak menunjukkan kematangan sendiri. Dan pelajar2 sy sekarang, juga menjadikan alasan2 seperti ini untuk menyelamatkan diri mereka krn takut dihukum atau didenda oleh guru disiplin mahupun pihak sekolah.

Cuba kita renungkan kembali apa yg telah kita lakukan sebelum ini. Kita bukannya sentiasa muda. Apa yg kita lakukan hari ini, amatlah sukar untuk ditebus kemudian hari. Bukan semua antara kita  mendapat hidayah drp Allah untuk satu penghijrahan . Andainya Allah tidak memberi kita hidayahNya, alangkah ruginya segala yg kita lakukan berterusan sampai bila2.

Apa pun, kita semua dh matang dan dewasa. Tahu menilai baik dan buruk setiap apa yg dilakukan. Semua antara kita pasti melakukan kesilapan sama ada besar atau kecil. Apa yg paling mudah, seandainya kita ditegur oleh mereka yg lebih arif, jgn mudah mencari alasan2 untuk membela diri kerana ditakuti akan melibatkan aqidah sendiri. Cuba berfikir dan muhasabah diri. Sesungguhnya Allah itu bersifat penyayang lagi maha mengasihani......

Isnin, 17 Oktober 2011

Masih Belum Terlambat

Memang manusia mudah lupa...
Sebab itu,dinasihatkan berkali2, namun tiada hasil juga. Sy hampir putus asa. Malah sudah letih melihat kerenah remaja2 di sekolah sy. Alangkah kuatnya tarikan nafsu biologi sehingga mereka sanggup lupa akan siksaan api neraka. Andainya Tuhan memberi hidayah agar semua manusia dapat melihat siksaan api nereka, pasti mereka, termasuk saya tidak lagi melakukan perkara2 yg membolehkan kita ke 'sana'. Na uzubillah.....

Tidak mahu bercerita panjang lebar tentang pelajar yg berusia 18 tahun ini kerana sy begitu muak mengulasnya. Apa yg pasti, pelajar ini sudah berhenti sekolah akibat mengandung anak yg tidak sah. Untuk menutup malu, kesudahannya, pelajar ini kahwin dgn pasangannya walaupun tanpa mendapat restu drp ibu bapanya.

Hai, anak2 gadis,beruntunglah kaum lelaki yg beroleh segala2nya secara percuma. Bila difikir kembali, pelacur lagi tinggi statusnya kerana khidmat haram mereka dibayar. Aduhai, anak2 melayu. Tidak dapatlah sy menarik tangan mereka keluar dari situasi ini kerana sy benar2 tidak mampu. Maklumlah, sy juga ada anak gadis yang perlu dikaunseling selalu. Kadang2, sy jadi tua krn memikirkan masalah yg semakin menjadi2 di kalangan pelajar sekolah. Lebih malang lagi, guru2 sendiri menjauhkan diri drp mentarbiyahkan remaja yg menjadi mangsa gila seks ini. 

Mengimbas kembali cerita seorang remaja ini, dia benar2 seorg murid yg baik. Sering berjumpa sy dan meminta sy menasihatkan kawan baiknya yang sudah terjebak berkali2 melakukan maksiat. Dan, alangkah kecewanya sy, akhirnya dia juga terlibat sama. Benarlah nasihat drp Bakr bin Abdullah Abu Zaid. Menurutnya: 
"Apabila engkau berada di tengah-tengah suatu kaum maka pililhlah orang-orang yang baik sebagai sahabat, dan janganlah engkau bersahabat dengan orang-orang jahat sehingga engkau akan binasa bersamanya“

Sy percaya malah sangat yakin, bukan di sekolah sy sahaja yg berlaku masalah sedemikian. Masalah remaja sekolah mengandung, bukan perkara luar biasa. Rata2 perkara seperti ini berlaku pada setiap sekolah. Masalahnya, siapakah manusia2 yg berada di sekolah tersebut berani tampil kehadapan untuk menghulurkan bantuan? Sy juga yakin, kebanyakan guru2 mahupun pengetua sendiri lebih mudah mengambil pendekatan berdiam diri. Itu lebih mudah drp menjadi 'busy body'. Masyarakat kita takut menjadi 'busy body' dalam hal2 seperti ini tetapi suka pula menjadi 'busy body' bila hal2 yg tidak sahih kebenarannya. Betapa pincangnya masyarakat Islam dlm menangani isu2 seperti ini.

Terlintas di fikiran sy, siapakah bakal suami atau isteri anak2 atau cucu sy kelak jika ramai anak2 tidak sah ini dilahirkan di dunia. Sy sedar dan akur, anak2 tidak sah ini tidak berdosa tetapi bukankah Islam menyarankan pilihlah pasangan drp keturunan yang baik2? Jika remaja hari ini begitu mudah melakukan hubungan tidak sah, maka lahirlah bayi2 yg tidak berdosa dibuang dan dibunuh tanpa belas kasihan.




Apa yang pasti, dari kejauhan ini, sy berdoa agar murid2 sy terutama sebangsa dgn sy supaya baliklah ke pangkal jalan. Tidak ada istilah terlambat untuk kita balik semula kepada ajaran agama. Tolonglah tidak menambahkan lagi anak2 yg tidak sah di muka bumi ini, dan tidak lagi membunuh bayi2 yg tidak berdosa ini atas kesilapan sendiri.

p/s: Sumpah!!!! Sy tidak mampu menghulurkan tangan membantu anak2 didik sy yg jauh tersasar. Sy terlalu letih!!!

Ahad, 16 Oktober 2011

Semoga Tenang Di Alam Sana

Fuh...kena hembus dulu blog ni. Al maklumlah, dah berabuk. Lama tak jenguk. Sibuk yang melampau. Walau apapun, manusia sendiri yg 'manage' masa...so, insyallah masa tu tetap sama cuma kelemahan sy, menyebabkan sy tidak dapat mencuri masa. 

Arwah Nabila....3 dari kiri
Minggu lepas, seorang lagi murid di sekolah saya meninggal dunia. Sejak sy berada di sekolah ini, stiap tahun ada saja murid di sekolah ini meninggal dunia. Memang semua manusia tidak mampu mengulas bab kematian ni, sebab kita semua tidak berhak mempersoalkannya. Ini semua kerja Tuhan. Sampai masa, mati akan hadir juga menjemput kita sama ada kita bersedia atau tidak. 

Walau sesedih mana sekalipun, kita harus redha akan pemergian orang yg kita sayangi. Berat mata kita memandang, berat lagi bahu keluarganya  memikul. Aisyah Nabila, murid yang meninggal minggu lepas, adalah bekas murid sy tahun lepas di tingkatan 3 KRK. Tahun ni, arwah berada di kelas tingkatan 4 sains 1.  Murid yg sangat baik dan berhemah, pandai menjaga tingkah laku dan tidak sperti remaja sekarang yang terlalu bebas dalam pergaulan. Setinggi mana sekalipun pujian yang diberi, hakikatnya, beliau sudah pun mengadap Maha PenciptaNya. Sesungguhnya Allah lebih menyanyanginya.

Sejenak sy mengenangkan arwah, sbenarnya dia jauh beruntung jika dibandingkan dgn manusia2 di luar sana termasuk sy yang belum tentu ke mana arah tuju selepas meninggalkan bumi ini.Umur yg panjang, belum tentu dpt menghimpun bekalan sbg persediaan untuk ke sana. Apa yg pasti, arwah yg baru 16 tahun, tentu tidak banyak melakukan dosa. Cuma, kita yg tinggal akan merasa kehilangan dan meratap pemergiannya.
Walau apapun, sebagai seorang muslim, kita memang sudah dididik sejak kecil untuk menerima qada dan qadar dengan redha. Hanya kenangan yang akan menjadi pengubat rindu bagi setiap orang yang pernah bersama arwah. Buat keluarga arwah, smoga tabah menghadapi ujian yang berat ini. Sesungguhnya, Allah menguji tentu ada sesuatu yg tersembunyi. Sama-sama kita hadiahkan al-Fatihah untuk arwah....


p/s : Ya Allah, janganlah Engkau mengujiku, dengan ujian-ujian yang tidak mampu untuk aku tanggung. Berikalnah aku kekuatan dan ketabahan dalam menempuh kehidupan mendatang.

Ahad, 2 Oktober 2011

Kali ni just nak kongsi gambar kat blog ni....
Nana dan Didi
Amal

Puteri tunggal kami

Sama tapi tak serupa
Saya dan suami tersayang
Semoga kekal abadi

Khamis, 15 September 2011

Berserahlah padaNya

Sy terbaca di sebuah majalah tentang luahan keluh kesah seorang bakal ibu yg akan melahirkan anak sulungnya tidak beberapa lama lagi. Menurut ceritanya, doktor mengesaki anak yg bakal dilahirkan cacat anggota. Dan, selesai membaca, tanpa disedari air mata sy berderai2 jatuh ke pipi. Tentu orang di luar sana akan kata, sy sgt sensitif dan beremosi. Tak kisahlah kerana sy sgt memahami situasi ini. Teringin sekali berjumpa dgn empunya diri, tapi malangnya penulisnya jauh di Negeri Bawah Bayu. Alangkah gembiranya kalau sy dpt berkongsi cerita dgn penulis ini.


20 tahun yg lalu......................(Imbas Kembali.....mcm cerita drama la pulak)
Ketika kandungan sy 2 bulan, berlaku kemalangan ke atas diri sy. Sy terjatuh dari motorsikal yg ditunggang oleh suami. Nasib sy baik, kerana tidak ada kenderaan lain di belakang mahupun di hadapan sy. Namun begitu, ekoran dari kemalangan itu, kaki kanan sy kejang dan mengalami kesakitan hingga ke aras pinggang. Sy segera di hantar ke hospital dan di x-ray beberapa kali. Di situlah bermulanya episod sedih, luka, duka, sengsara sepanjang sy menanti kelahiran anak sulung sy.

Tatkala kandungan semakin membesar, doktor mengesahkan anak di dalam kandungan sy berkemungkinan  cacat anggota kesan daripada x-ray. Bukan seorang, dua doktor berpendapat sedemikian rupa hinggalah kandungan sy mencecahkan ke 7 bulan. Malah, ketika kandungan sy berusia 3 bulan, ada doktor yg menyarankan sy menggugurkan saja kerana menurut doktor tersebut, janin yg terkena sinaran x-ray, boleh membahayakan kandungan.

Bayangkan selama 9 bulan 10 hari sy menanti kelahiran anak sulung dengan penuh debaran, apatah lagi doktor masih mengesyaki anak sy cacat anggota melalui scan yg dibuat. Sejak maklumat itu sy terima, kehidupan sy tidak lagi ceria lebih2 lagi sokongan suami semakin pudar kerana dia juga hampir tidak dapat menerima kenyataan itu. Ketika itu, sy benar2 bersendiri melawan perasaan yg sgt sukar untuk dizahirkan. Dan ketika itu jugalah sy tidak henti2 berdoa kehadrat Allah. Benarlah kata orang, ketika berada dlm keadaan yg sgt genting, hanya Allah saja tempat kita mengadu.

Sy tidak  memberitahu kawan2 krn sy tahu mereka tidak dpt menggembirakan hati sy. Keluarga sendiri juga tidak dapat melegakan hati sy kecuali abah sy. Masih tergiang2 di telinga sy kata2 abah...."Wawa, dalam Islam, kita tidak boleh gugurkan kandungan melainkan kalau ia mendatangkan mudarat pada ibunya. Kalau anak itu cacat sekali pun, wawa kena terima juga". Dengan sebaris kata2 ringkas drp abah, membuatkan hati sy menjadi kukuh utk menghadapi apa saja kemungkinan. Sy mengumpul kekuatan dalaman berdasarkan kata2 abah. Dan ketika itu, suami jg kalah melawan perasaannya krn dia sendiri tidak dpt menggambarkan apa yg akan terjadi seandainya dakwaan doktor itu benar.

Pada 12 Mei 1991, anak sy lahir. Soalan pertama yg lahir drp mulut sy...."Doktor, anak sy sempurna ke?" Dua, tiga kali sy bertanya soalan yg sama...dan apabila doktor mengatakan anak sy sempurna, air mata gembira pula tak henti2 mengalir.Syukur alhamdulillah....Maha suci Allah.

Kini, anak sulung sy berusia 20 tahun. Maaf, sy tidak berniat langsung untuk riak, jauh sekali mendabik dada kerana sy tahu segala2nya datang dari Allah jua. Alhamdulillah, anak sy tahu serba sedikit soal agama tanpa mengabaikan ilmu dunia.Insyallah, tahu membezakan dosa dan pahala. Anak yg mampu menjadi contoh kepada adik2 dan mampu menggembirakan sy. Terima kasih, ya Allah krn mengubati kelukaan, kesedihan dan ketakutan sy selama mengandungkannya. Terima kasih atas segala-galaNya.

Buat penulis yg menulis kisah yg sama dgn cerita sy, walaupun sy tahu anda tidak mungkin terbaca  entri sy tetapi sy tetap berdoa agar anda bergantung dan memohon sepenuhnya daripada Allah swt kerana hanya pada DIA sj tempat setiap manusia bergantung dan mengadu segala kedukaan yg melanda.


Selasa, 6 September 2011

Teguhlah Wahai Hati...

"Kalau nora suka  ikutkan hati, tak payah bagi anak pergi belajar....suruh mereka semua balik, duduk dgn mama dia sampai bila2". Itu kata suami saya.
"Anak wawa nak belajar,bukan pergi berpoya2. Kalau wawa sedih, macam mana diorang nak belajar? " Itu kata kakak saya.
 " Bukan jauh sangat pun. Masih dalam Malaysia. Kalau kat oversea tu, lain la...." Itu kata kawan2 sy.
Apa yg diucapkan oleh semua mereka  di atas, sy akur.....memang benar belaka tapi apakan daya, jiwa sy memang rapuh menghadapi perpisahan walaupun sy tahu benar tentang hakikat sebuah kehidupan. Kesedihan sy memang tidak dapat ditahan2 tatkala sy akan berpisah dgn anak2 dan org2 yg sy sayangi. Puas sy mengukuhkan jiwa agar hati menjadi kuat namun bila tiba saat perpisahan, pasti hati sy goyah lalu terzahirlah deraian air mata yg tidak henti2. Memang lama sy mengambil masa untuk meneutralkan hati. Siapa sangka, org sperti sy yg disangka kental oleh kawan2, sebenarnya tidak sekuat mana. 
Memang sukar org di luar sana membaca siapa sy..................
Di mata kawan2, sy nampak kuat dan sentiasa ceria. Di kalangan pelajar, mereka menilai sy seorang guru yg tegas dan garang. Di mata anak2, sy seorang ibu yg cekal. Di mata suami, sy seorang  isteri yg tabah. Namun, hakikatnya?????????????????????

Ya..itulah sy, penggemar warna hitam yg terlalu sukar untuk dimengertikan. Terlalu sukar untuk difahami kerana apa yg ada disebalik warna gelap itu tersembunyi byk rahsia diri. Cuma, kelebihan warna hitam ini, ia sesuai jika dipadankan dgn semua warna yg ada. Dan pastinya, apabila warna hitam  digandingkan dgn warna2 lain,maka warna hitam akan nampak ceria.

Buat anak2 sy, belajarlah demi mencari hakikat sebenar sebuah kehidupan. Ilmu tidak semestinya diperolehi drp buku ilmiah, sebaliknya ia juga boleh didapati drp pengalaman hidup. 

P/S: Mama sedih, bukan bererti mama tidak redha anak2 mama belajar cuma, biasalah hati seorang ibu memang unik utk dimengertikan apalagi utk diteroka.