Khamis, 31 Mei 2012

Renung2kan...

“Banyaknya dapat hadiah….garang2 pun budak sayang”
Kata cikgu A pada sy tatkala sy membawa pulang hadiah daripada murid2 sempena hari guru yg disambut pada 25 Mei lalu. Sy senyum sahaja kerana tak ada idea nak mengulas apa2.
“Macamana murid tak sayang, dah si Nora ni suka melayan budak. Bila budak ada masalah sikit, dia memang ada masa melayan. Kita mana ada masa nak layan masalah budak2 ni. Kerja sekolah melambak2.Lagipun, budak2 kita ni, memang mengada2. Bukan diorang tak ada mak bapak.” Respon cikgu B pula. Bergegar juga telinga sy. Manakan tidak, kata2 cikgu B seolah-olah sy seorang guru yg banyak masa terluang dan tak ada kerja hingga byk masa melayan masalah budak2. Sy ni jenis guru gred bawah ke hingga byk masa terluang berbanding dengan cikgu B?

Kalau sy jawab kata2 cikgu B, tentu akan lebih terasa hangat telinganya nanti, so sy ambil pendekatan berdiam diri. Belajar untuk menjadi sabar.
Sy tak kisah lah, kalau entri sy kali ni pun menimbulkan kontroversi kerana entri yg tidak berniat untuk mengenakan sesiapa pun boleh disalah ertikan oleh orang2 yg tidak ada kena mengena dgn cerita sy. Habis ribut taufan satu sekolah dgn  cerita2 yg tidak benar. Kali ni, lebih baik sy ambil pendekatan “ Ada aku kesah???”

Kalau mereka tidak buat, tentu mereka tidak rasa apa2,kan? Tapi, kalau post sy secara kebetulan sama dgn cerita kalian, bukankah lebih baik muhasabah diri sendiri. Sebagai penulis, sy juga banyak muhasabah diri tatkala melihat kepelbagaian ragam rakan2 sekeliling. Sebagai manusia, dah tentu sy juga byk kelemahan diri dan perlu perbaiki kelemahan tersebut. Mengapa mesti melenting tanpa ada penilaian kendiri?

Berbalik dgn cerita tadi….....
Salahkah sy mengambil berat masalah murid2 jika mereka memerlukan sy atau mereka meletakkan kepercayaan kepada saya?.

Bayangkanlah, apa akan jadi jika tidak ada seorang guru pun meluangkan masa untuk mendengar masalah murid2 mereka? Dan, cikgu B atau cikgu2 sewaktu dgnnya harus tahu, bukan semua murid2 kita boleh berkongsi masalah dengan ibu bapa mereka? Sedangkan anak2 kita sendiri juga belum tentu telus dlm melahirkan masalah mereka dengan kita. Jadi, kesimpulannya tidak perlulah memandang negatif jika ada cikgu2 seperti sy dan tolonglah jangan mengeluarkan kata2 sinis sebagai satu luahan sbg tanda rasa tidak puas hati mereka .

Cuba positifkan diri…......
Kasihan jika ada dalam kalangan murid2 kita yg bermasalah, tetapi tiada tempat untuk meluahkannya. Kdg2 ada ibu bapa yg tidak peka dgn masalah anak sendiri. Kalaulah semua cikgu sesibuk cikgu B, tentu ada murid2 yg bermasalah akan mengambil pendekatan mudah. Tersalah pilih orang untuk mengadu masalah, habis tergadai masa depan.

Jadi, renung2kanlah……………………….

Ahad, 27 Mei 2012

Semoga Kuat,Idah....

Semalam,ketika makan kenduri rakan setaman, sy dikejutkan dengan satu lagi berita yg benar2 membuat sy terkejut.Seorang lagi rakan yg pernah satu tempat kerja dgn sy satu ketika dahulu, dikatakan tidak sedarkan diri akibat kanser payu dara di hospital Dungun. Rakan ini pernah menjadi kerani di sekolah sy dan tinggal setaman juga dgn sy. Malangnya, sy tidak pernah tahu dia menghidap kanser payu dara. Apa yg sy tahu, rakan sy ni balik ke kampung kerana baru saja melahirkan anak yang ke 4. Jadi, berita yg sy dengar daripada seorang jiran ini, sangat mengejutkan apatah lagi menurutnya keadaan kawan saya ini sangat kritikal.

Selera makan sy hilang serta merta. Terasa sangat tatkala ini sy dikelilingi oleh cerita2 mengenai rakan2 yg tidak sihat. Ada ketikanya juga sy menjadi takut dan insaf dengan apa yg berlaku di keliling sy. Si pencerita memperkenalkan sy dengan suami kawan sy ni supaya sy lebih yakin dgn apa yg diceritanya. Suaminya hanya menganggukkan kepala sebagai tanda mengiyakan cerita yg sy dengar drp mulut si pencerita.

"Allah hu Akbar"
Itu sahaja yg keluar drp mulut sy. Sedih, kerana dia merupakan kawan yb seronok untuk dijadikan 'kawan'. Dia periang dan menyeronokkan. Senang berurusan dengannya di pejabat. Apa pun yang baik2 tentang dia, namun kita tidak mampu melawan takdir Allah yg maha mengetahui di sebalik kejadian ini. 
Dan, walau apa pun yg sy dengar tentang keadaannya  ketika ini,namun sy masih mengharapkan suatu keajaiban berlaku ke atasnya. 

p/s: Idah, semoga tabah menghadapi ujian ini...amin

Rabu, 16 Mei 2012

Nikmatnya Sihat

Malam ni, sy bersama kak Biah.
Risau juga kerana kak Biah tak byk makan sejak pukul 7 petang tadi. Bubur yg sy suapkan pun, masih byk berbaki. Cuma , kekuatan kak Biah membuatkan hati sy lega. Dia boleh berbual2 dgn sy tentang kisah2 lampau yg kami lalui bersama. Kadang kala, sy nampak dia mengaduh kesakitan. Maklumlah, terlalu lama terbaring di katil hospital, menyebabkan kulit belakangnya melecet. Tapi, kak Biah memang tak ada pilihan. Dia terpaksa juga tidur terlentang sebab  pembedahan tempohari di bahagian hadapan. Kesian kak Biah.

Ketika ini, dia sedang nyenyak tidur. Sy hanya memerhatikannya saja takut2 kak Biah memerlukan sesuatu. Mata sy memang sukar untuk dilelapkan lebih2 lagi dlm situasi sebegini.

Melihat pesakit2 lain, hati sy semakin sayu. Manakan tidak, rintihan mereka menggugat rasa sy. Sy sgt memahami kondisi setiap pesakit  yg tidak begitu selesa. Maklumlah, badan mereka ditebuk di sini sana. Juru rawat juga,adakalanya tak dapat control emosi mereka. Ada kala, mereka juga tertinggi suara. Yg sakit, bertambah sakit dan saya???? Hanya mampu menelan air liur sahaja. Tidak tahu mengulas apa2.

Melihatkan situasi di sini, membuatkan sy benar2 berterima kasih dan bersyukur ke hadrat Ilahi, Betapa besarnya pemberian Allah kepada sy buat masa ini. Kesihatan yg baik  merupakan satu anugerah yg tidak ternilai harganya.Ramai yg tidak sedar tentang hakikat itu. Kalau sedar pun, mungkin seketika tatkala kita berada di wad2 menyaksikan rintihan dan kesengsaraan mereka.

Untuk kak Biah, sy tidak pernah putus berdoa agar kak Biah cepat sembuh. Sihat seperti sediakala, dan  mengharapkan kita masih boleh bersama2 dlm mengharungi suka dan duka. Cepat sembuh, kak Biah.

Terima kasih, Tuhan....
 


Isnin, 14 Mei 2012

Selamat Hari Ibu 2012


Jangan bersedih lagi duhai hati
Jangan menangis lagi
Buat apa bersedih?
Tidak perlu rasa bersalah
Tidak perlu rasa gentar
Kerana Dia mengetahui
Ketelusan bicara hati
Tinggalkan segala sangkaan mereka
Kerana ia tidak mendatangkan mudarat apa-apa
Kerana bicara hati
Melambangkan ketelusan hati

Jangan bersedih lagi duhai hati
Angkara bicara mereka
Tidak merugikan apa-apa
Biarkan mereka terus meneka
dibuai pransangka yang tidak berhala
Kerana mereka juga
Bebas berkata-kata

Oh Tidak…
Hati pasti tidak bersedih lagi
Kekuatan yg dibina sudah cukup menguatkan....
Hati ini
Terima kasih kerana Dia meminjamkan kekuatan itu
Walaupun sementara waktu

“Selamat Hari Ibu”

Jumaat, 11 Mei 2012

Semoga Cepat Sembuh,Kak Biah (2)

Semalam, hampir 40 minit sy jenguk Kak Biah, tapi sy tak dapat berbicara dengannya kerana dia begitu lena dibuai mimpi. Walau bagaimana pun, jelas terzahir di wajahnya bahawa kondisinya sgt tidak selesa. Tapi apakan daya, tidak siapa dapat membantu di saat2 itu melainkan Allah swt. Di sebabkan kak Biah terlalu lena, sy beransur pulang.Namun, mata sy sempat mencuri pandang ketika sy menyelimutkannya. Dada kak Biah sgt kuning walaupun tangan dan wajahnya beransur ok. Detik hati sy, kesan dari pembedahan hati, tentu kuning ditubuhnya masih belum hilang sepenuhnya.Apa pun, sy tak putus berdoa agar semuanya bertambah baik.

Jam 5.30 ptg, sy menelefon suami kak Biah. Nasib sy baik krn dpt bercakap dgn kak Biah melalui telefon. Suaranya kurang jelas tp sy boleh faham. Sy tanya apa yg ingin dia makan. Sperti yg sy jangka, kak Biah minta sy masakkan bubur sama seperti yg pernah sy bawa sebelum ini.

Hari ini, sy masakkan bubur untuk kak Biah. Sy bercadang akan mengirimkannya saja kpd suaminya yg akan melawatnya pukul 4.30 nanti. Pukul 3.00 ptg, suami kak Biah menelefon sy. Dari getaran suaranya, sy dpt mengesan dia menangis memberitahu sy, Kak Biah menghidap kanser hati. Kenyataan ini menyebabkan dada sy berdegup kencang. "Ya Allah...." Itu ayat pertama yg keluar drp mulut sy. Akhirnya sy ambil keputusan untuk pergi sendiri melihat keadaan kak Biah di hospital.

Tepat pukul 5.00 sy sampai di wad HDW. Dari jauh sy lihat kak Biah duduk di atas katil. Kedatangan sy disambut dgn senyuman. Setelah mencium kedua2 belah pipinya, sy terus bertanya adakah kak Biah hendak makan bubur yg sy bawa bersama. Kak Biah hanya menganggukkan kepala. Hati sy berbunga, lalu menyuapkannya bubur tersebut. Alhamdulillah, adat org sakit, byk jugalah kak Biah makan.

Satu jam sy dpt bersama kak Biah kerana pd masa itu, ahli keluarganya belum sampai lagi. Selama sejam itulah, sy mengambil peluang untuk menyakinkan kak Biah bahawa dia akan sembuh. Dan sepanjang perbualan itu, sy tahu kak Biah tidak tahu bahawa dia menghidap kanser hati. Kesian kak Biah.Apa lagilah yg boleh sy katakan selain dari pktaan itu walaupun sy akur, segala2nya dalam ketentuan Allah. Allah yg maha besar, maha pengasih lagi maha penyanyang.

" Ya Allah, semoga Engkau permudahkan segala2nya kerana Engkau maha mengetahui apa yg Engkau takdirkan kepada hambaMu".

Buat Kak Biah, walau apapun, doa sy sentiasa bersama kak Biah setiap kali sy menunaikan kewajipan sy kpd Allah swt. Sy tidak tahu sejauh mana penyakit kak Biah, namun sy mengharapkan sesuatu keajaiban berlaku. Maaf kak Biah, kerana sy memaparkan kesedihan ini dlm blog peribadi sy kerana sy lebih telus dlm meluahkan apa saja yg ada di dalam hati sy dgn cara ini. Kalau kak Biah sihat nanti, dan terbaca entri ini, kak Biah akan tahu, inilah bentuk hubungan persahabatan yg kita bina bersama. Kak Biah pun tahu, sy tidak ada saudara mara melainkan sebilangan yg sgt kecil sahabat yg ada termasuk kak Biah. Dan, kak Biah juga tahu, sy sangat sayang dengan sahabat2 sy yg sedikit itu.

Cepat sembuh, kak Biah........

Isnin, 7 Mei 2012

Semoga Cepat Sembuh,Kak Biah.

Dari kiri: kak Sarimah,Shuaimi, kak Biah dan saya

" Sedap bubur yg nora masak. Habis kak Biah makan. Terima kasih,nora"
Itu ayat pertama yg keluar dari mulut sahabat sy, kak Biah tatkala sy sampai ke wad HDW di hospital Selayang,semalam. Luluh hati sy melihat wajah kak Biah yg baru sahaja menjalani pembedahan membuang sebahagian hatinya yg rosak dan batu di dalam hempedu.
"Nora, doktor kata, dia suspek ketumbuhan yg ada pada hati kak Biah tu, kanser tp tak tahu jenis apa", kata Kak Biah lg.
Semakin meruntunlah jiwa sy ketika itu. Sy benar2 kehilangan kata2. Air mata bila2 masa je nak mengalir tapi sy kena kuat depan kak Biah.
"Syyyyhhhh....kak Biah jgn cakap byk2. Nanti kak Biah sakit," pujuk sy agar kak Biah tidak lagi menceritakan tentang sakitnya. Sy sgt sedih ketika itu. Dan dapatlah sy membayangkan betapa beratnya bahu kak Biah menanggung ujian itu. Sy lihat,leher kak Biah ditebuk. Tak tahu untuk apa. Tp, yg pasti setiap kali kak Biah byk bercakap, sy dapat merasakan kesakitan di lehernya itu.

Ya Allah...besarnya nikmat sihat. Betapalah kita wajib mensyukuri kenikmatan sihat ini. Kata-kata sy tidak langsung diendahkan. Kak Biah terus saja bercerita walaupun sy tidak berapa dengar apa yg dikata. Suaranya sgt perlahan. Sesekali, sy dpt menangkap kata2nya berdasarkan gerak bibirnya. Sungguh menyedihkan sy.

6 tahun lalu, sy byk masa bersama dengan kak Biah. Dia antara kawan yg sgt memahami sy. Selalu sedia menghulur bantuan tatkala sy memerlukan. Betullah kata seorang pujangga, " seseorang kawan itu, kita tidak boleh mengangkat darjatnya sebagai seorang sahabat selagi belum diuji dgn satu peristiwa getir yg menguji kesetiaannya bersama kita". Dan, sy berani berkata bahawa kak Biah telah pun melepasi ujian itu. Mudah sj sy membuat kesimpulan tentang kak Biah...."Dia seorang yg sangat baik dan sy menyanyanginya".

Sebelum bertolak sy memeluk dan mencium pipi dan dahi kak Biah. Sy berbisik ke telinganya.
"Kak Biah, Nora hanya boleh ckp je walaupun belum tentu Nora sekuat kak Biah. Kak Biah cuba redha ya. Jgn berburuk sangka pada Allah. Jangan lupa berdoa. Kita buat sama2 ye. Nora sayang sangat kak Biah tp tak mampu nak tolong ringankan kesakitan kak Biah."

" Kak Biah pun sayangkan Nora dan bertuah sgt dapat kawan mcm Nora yg sentiasa ada bersama kak Biah dalam apa juga keadaan", balas kak Biah. Sy menutup mulutnya supaya dia tidak byk berkata2 lagi. Senyuman pahit kak Biah menghantar sy keluar dari bilik itu. Sy ingin lebih lama bersama kak Biah tetapi memandangkan wad tersebut terhad kepada pelawat yg hadir, sy terpaksa memberi laluan kepada saudara mara kak Biah.

Sesungguhnya sy sangat mengaguminya. 4 kali sy datang melawat kak Biah sebelum ini, beliau tidak pernah meninggalkan solat walaupun ketika itu rusuknya ditebuk untuk mengeluarkan bendalir kuning yg terkandung pd hatinya. Dan pada hari itu, kak Biah tetap menjaga auratnya dengan menutup kepalanya dengan kain putih kerana tudungnya tiada bersama di bilik tersebut.

Ya Tuhan, jika ada sedikit ruang untuk sy berdoa......" Sembuhkan kak Biah. Dan ketumbuhan di hatinya itu, bukan kanser seperti yg dijangka oleh doktor. Sy sayangkan dia sebagaimana dia menyanyangi sy. Namun sy akur, kasih sayangMu ya Allah, lebih tinggi buat kak Biah jika dibandingkan kasih syg sy."

Jumaat, 4 Mei 2012

Cuba Redha

Rupanya tak semudah itu kita nak aplikasikan konsep redha dalam diri biar pun lidah berulang kali boleh menyebut perkataan tersebut. Kita boleh kata kita redha hanya di bibir tapi bukan dalam hati. Buktinya, kalau kita redha, kita tak kan menyesali apa saja musibah yg melanda diri. Kita tak kan merungut dengan bala yg menimpa. Kita tak kan mengeluh dengan sakit yg dihidapi. Kita tak kan kecewa mendengar berita sedih. 

Siapalah antara kita yang berani mengatakan dia boleh mencapai tahap makam redha yg hakiki? Bukan tak ada, tapi tidak ramai antara kita yg benar2 redha dengan segala bentuk ujian yg Allah beri. Kalau nak ditanya soalan ini kepada sy, sy hanya mampu menjawab : Sy dalam proses mencuba tp tak tahulah dapat mencapainya atau tidak.Sy sentiasa berdoa, agar sy boleh menjadi manusia yg 'cool' setiap kali menerima pelbagai dugaan hidup. Ya, sy akan cuba. Dan,untuk peringkat awal ini, sy belajar untuk  tidak melenting atau melatah setiap kali sy mendengar kawan2 menyampaikan cerita si Kiah, si Joyah atau siapa saja mengata dan mengumpat sy. Sy akan ambil pendekatan 'ada aku kisah' walaupun hati sy meronta2 untuk membela diri jika fakta yg mereka lemparkan tidak benar mengenai sy. 
Sebenarnya, memang tidak rugi pun jika orang-orang di sekeliling memandang kita tidak sempurna. Mengapa kita mesti berusaha untuk mendapat pujian drp orang lain  tatkala kita melakukan kebaikan? Bukankah penilaian manusia itu tidak penting? Memang ramailah manusia yg suka melempar pelbagai tanggapan walaupun mereka tahu adakalanya tanggapan itu boleh menjadi fitnah jika ia tidak benar. 

Jika hendak difikirkan 2,3 kali, seronok juga jika ada org2 seperti ini. Barulah hidup berwarna-warni.Jika tidak ada cik Kiah dan cik Joyah, maka hidup ini statik dan tidak ada klimaks. Mesti boring juga.Manusia tidak berperang dalam diri. Ujian tidak dapat dinikmati kerana semua manusia hidup dalam alam yg harmoni.

Teringat juga dengan berita yg disampaikan oleh cik Timah pagi tadi. Oh tidak....memang dusta sama sekali. Tapi disebabkan nak belajar  menge'cool'kan diri, maka sy tidaklah berusaha nak membela diri. Sy memang dh tahu siapa cik Kiah dan cik Joyah. Memang suka mengumpat .Bukan sy sahaja, malah org2 yg pernah dimusuhinya akan turut menjadi mangsa. Cik Kiah memang sgt berkemahiran menarik audien utk bersimpati mendengar ceritanya dan sekaligus terpaksa memanipulasikan org lain sbg penguat faktanya.  Bukankah seronok apabila ada orang2 seperti ini agar tidaklah manusia di muka bumi ini seacuan sahaja. 

Mengapa Allah menjadikan manusia ini pelbagai sikap dan perangai? Jawapannya, Allah ingin kita sentiasa menganalis situasi dan diri. Otak harus berfungsi untuk mencari siapa kawan, dan siapa lawan. Samalah seperti para saintis yg harus mengkaji apa saja  yg ada di sekeliling mereka kerana tanpa ada kajian  mereka tidak tahu rupa-rupanya ada benda2 di sekeliling ini boleh dijadikan penawar sesuatu penyakit. So, hidup kena sentiasa menganalis dan adakala kita pula dianalisis.

Kesimpulannya: Belajarnya redha  apabila mendengar sesuatu yg tidak benar mengenai kita walaupun sukar , namun apabila berjaya mencapainya, kita akan menjadi tenang. Belajar juga memaafkan orang2 yg suka berburuk sangka dengan kita, kerana apabila  kita berjaya mencapainya, kita  akan berada dalam situasi yg damai. Dan, yang paling penting kita mampu mengeluarkan perkataan 'maaf' andainya kita rasa,kita dah pun melukakan hati seseorang walaupun tanpa niat.

p/s : Mudahnya memaafkan orang lain jika kita redha dengan segala ketentuanNya