Selasa, 19 Oktober 2010

Berdosakah Aku?......Siapakah Yang Berdosa???



Pada hari Sabtu 16 Oktober yg lalu, slot cerekarama yg btajuk 'berdosakah aku' ditayangkan di kaca televisyen. Agak menarik kerana jarang berlaku dalam kalangan masyarakat masa kini. Dan,pada penghujung cerekarama itu, dinyatakan cerita itu adalah bdasarkan kisah benar. Tapi, sygnya ramai yg tidak akan pcaya seorang ibu tegar membuang anak sendiri. Dan sekiranya berlaku, si anak akan mjadi mangsa kerana mereka dianggap anak derhaka. Ramai yg lupa, dalam Islam juga ada ibu bapa yg derhaka.

Dalam kalangan pelajar sy juga, ada yg menerima nasib yg sama seperti dlm cerita 'Berdosakah Aku'. Tp, tidak ramai guru yg mahu menghulur tangan membantu pelajar seperti ini. Ramai guru juga tidak percaya jika ada anak yg merasakan mereka dibenci oleh ibu kandung sendiri. Bagi mereka, pelajar seperti ini hanya mcari publisiti.

Kadang kala, guru2 juga tidak boleh disalahkan krn, mereka tidak faham situasi ini. Apatah lagi mereka tidak ada pngalaman dlm hal2 spt ini.Bagaimana mereka ingin mbantu jika mereka sendiri tidak pernah mengalami atau tidak pernah mahu meneroka masalah anak2 yg mengalami kesedihan akibat dibuang ibu bapa sendiri.

Terasa kejamnya dunia.....Tak pasal2 mghukum dunia yg tidak terlibat dgn kekejaman manusia. Mengapa agaknya pkara sperti ini boleh tjadi??? Walau pun tidak masuk akal,namun hakikatnya pkara spt ini benar2 berlaku. Hanya org2 yg bnasib baik saja yg dpt merasakan kasih syg drp ibu bapa scara hakiki. Namun, bersimpatilah krn realitinya memang ada insan2 malang di luar sana yg tidak merasa kasih syg itu walaupun hakikatnya mereka masih mpunyai ibu bapa.

Bila berlaku insiden spt ini, maka berkatalah manusia2 di luar sana:
"Sebagai anak, kita harus berjumpa dgn ibu bapa. Jangan berdendam dgn mereka. Ingatlah, kerana mereka kita lahir ke dunia. Baliklah ke pangkuan mereka dan memohon ampun selagi mereka masih bernyawa. Jgn sampai kita jadi anak derhaka. Nanti mati, tak cium syurga"

Sy rasa, bukan semua anak2 yg mjadi mangsa ini tidak tahu hukum agama. Sy tidak menafikan memang ada anak2 yg keras hati, berdendam dan ego....tapi, jgn lupa ada juga ibu bapa yg bersikap spt itu. Mereka tidak mahu langsung menerima anaknya krn sudah dilabelkan dan diandaikan anak2 yg telah dibuang itu dgn pelbagai andaian. Contohnya, ada ibu bapa yg merasakan anak mereka pembawa mala petaka (anak sial). Ada juga membenci anak sendiri kerana kekurangan yg ada pd si anak. Atau pelbagai alasan bg mereka utk tidak menerima anak mereka sendiri. Jadi, siapa yg harus dipersalahkan??????

Walaupun sy memahami apa yg ditanggung oleh si anak, namun sy tidak pula mghukum ibu bapa yg membenci anaknya sendiri....kerana mereka juga ada rahsia peribadi yg tersendiri Mungkin rahsia itu tidak dpt dikongsi dgn sesiapa atau kejahilan diri mnyebabkan anak yg dikandung 9 bulan 10 hari mjadi mangsa keadaan ini. 
Sy mjadi buntu utk menghuraikan situasi ini. Tidak tahu hendak bmula dari mana....dan di mana pula noktahnya. Namun, sy sgt memahami prasaan yg dialami oleh anak2 yg menjadi mangsa kbencian ibu bapa sendiri. Anak2 spt ini agak sukar bkongsi cerita dgn org lain..... ditakuti cerita yg disampaikan mjadi tidak logik unt didengari. Penyudahnya, si mangsa akan makan hati krn org yg mdengar cerita mereka gagal memahami, apa lagi unt menyelami. Daripada menimbulkan keraguan dan ketidakpercayaan, lebih baik memendam rasa....dan menyimpannya sendiri sbagai memori peribadi.

Untuk ibu bapa yg membenci dan membuang anak kandung sendiri, berbaliklah kepada ajaran agama Islam yg suci. Anak itu adalah amanah drp Allah. Didiklah mereka dgn asas agama yg sempurna  krn doa anak yg soleh adalah antara 3 perkara yg membantu meringankan dosa ibu bapa apabila 'tiba masanya' kelak. Jangan tempiaskan kemarahan, kekecewaan dan kebencian pada kenangan silam  kepada anak yg tidak tahu apa2. Wajarkah anak menerima hukuman yg tidak sepatutnya diterima?

Manusia memang suka menilai mengikut apa yg tersurat. Tidak ramai yg suka mgkaji apa yg tersirat. Sygnya, yg tersurat itulah yg mjadi kayu pengukur mereka utk menghukum tanpa mengambil kira hati dan perasaan anak yg malang itu. Rata2 menyalahkan si anak apabila berlakunya keretakan hubungan ibu bapa dan anak. Sy berani berkata sedemikian kerana itulah tipikal manusia biasa yg suka menghukum tanpa dibicarakan. 

Ambillah sedikit masa wahai manusia2 di luar sana kerana rintihan anak yg malang ini tidak ramai yg mahu mendengarnya. Andainya tiada hati untuk mendengar rintihan mereka, jangan pula difitnah tanpa usul periksa. Anak2 yg menjadi mangsa ini, sebenarnya sgt sarat menanggung derita akibat dibuang oleh ibu bapa sendiri dan janganlah kita yg tidak tahu apa2 menambah kelukaan yg sedia ada.

Kepada anak2 yg senasib dengan cerita 'Berdosakah Aku', jangan disesali apa yg berlaku. Percayalah dgn ketentuan Allah kerana Dia   tidak menzalimi makhluknya. Biarlah manusia di luar sana membuat penilaian mengikut kaca mata mereka kerana penilaian manusia tentu sama sekali tidak sama dgn penilaian Allah swt. Sesungguhnya, penilaian manusia itu sangat lemah............

34 ulasan:

  1. Saya pun salah satu mangsa ank yang asyik dipersalahkan. Kalau perselisihan ada pun pasti sya yg akn dpersalahkn. Ego ibu tak pernah diturunkn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitu juga dgn nasib saya...umur saya dah setengah abad tp nasib saya masih seperti zaman kanak kanak saya. Saya sering dipersalahkan oleh ibu utk semua perkara yg berlaku dlm keluarga sedangkan sayalah anak yg sentiasa menyelesaikan segala masalah keluarga . Bagi saya tu adalah satu penghargaan buat saya utk ibu. Cuba utk mendptkan kasih sayangnya...tp sayang hanya seperti melukut di tepi gantang. Ibu x pernah berubah...bila ada masalah saya adalah org yg akan menyelesaikannya tp jika tidak sayalah anak yg paling x diperlukan. Cerita yg terkini yg menyebabkan saya dibuang ibu kerana mempertahankan rumah tangga adik disebab adik x nak berkahwin dgn pilihannya. Suami adik dihina , dihalau dr rmh, dimaki hamun dan sebagainya. Saya sebagai seorng kakak mempertahankan adik kerana bg saya adik ipar saya adalah org yg bertanggungjawab walaupun bkn dr keluarga yg berada. Dia bekerja siang mlm utk mencari nafkah. Beri rm 400 kepada adik setiap bln sedangkan adik bekerja tp sebgai tgjwb dia x pernah lupa...tp syg ibu hina suaminya dgn rm400 bg kucing makan pun x cukup kata ibu. Saya yg membetulkan keadaan dikata kan ibu sebagai penghasut n suka melihat adik saya menjadi papa kedana dan susah. Sedangkan saya aruah suami saya yg memelihara adik dr darjah 1 hingga habis belajar. Adik sering dihasut ibu supaya bemcikan saya dan jgn rapat dgn saya..tp malangnya adik tidak begitu kerana saya tahu adik menilai saya dgn mata hati dia. Saya terasa sgt sedih dgn ibu saya.....tp saya tetap berdoa kepada Allah s.w.t utk membuka mata dan hati ibu saya utk melihat kebenaran.
      Wassalam

      Padam
  2. Sengsaranya hidup hanya Allah sahaja yang taw. Dah la dgn mak ada masalah. Adik beradik akan lagi mengruhkan keadaan kononnya untuk menolong.

    BalasPadam
  3. Saya sentiasa menjadi mangsa keadaan.. dari ibubapa serta adik beradik saya.. rasa macam dibuli... mungkin kesilapan saya sering `menghulur bantuan'.. kalau balik setiap kali kena menghulur..kalau tidak.. pasti akan diatarik muka.. sampai bila? saya bukan anak sulung.. kerana saya tidak balik menjengah ibubapa saya hanya 5 hari sahaja..bapa saya dah maki hamum saya... wajarkah saya hari2 nak balik dengan jarak 150km... saya juga ada bisness dan kerjaya..tak tau..tiba2 saya dah rasa sangat tawar... :'(

    BalasPadam
  4. tkasih atas respon semua.
    Bukan semua mengerti dan mempercayai apa yang dirasai
    oleh mangsa kekejaman ibu sendiri. Bersabarlah....

    BalasPadam
  5. Sy pon mmpunyai msalah yg sama
    Slalu dihina..dan dicaci oleh
    Org tua sendiri
    Buat apa pon
    Mmg tk pernah nmpk
    Redho jer la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedih.sy pn mcm tu.smua xkena.sumpah beruk,bodoh dh biasa utk saya.malukan dpn org pn dh biasa.tp sy mnjawab sbb xtahan..sy tau dosa,tp sy mnusia biasa.kdg2 pk untung jd binayang yg xse perasaan.sy tau dosa.tp jgn dbndingkan dgn adik beradik lain,caci.kdg2 bila mkn semeja,sy rs sy xwjud sbb xde sapa nk brckap dgn sy.berdosakah sy?doa sy xprnh putus urk mereka,trmsuklah adik beradik.

      Padam
    2. Walau apapun, kita harus terima apa yg blaku ini adalah rahsia drp Allah. Mgkin kita tidak nampak kebaikan apa yg blaku pada hari ini,tp pcayalah semuanya ada hikmah pd masa akan dtg. Yakinlah bhw Allah tidak kejam thadap makhluknya

      Padam
  6. Samalah seperti saya...sudah menjangkau lebih 25 tahun saya dilayan seperti anak pungut dalam keluarga..sering dijadikan tempat lempias kemarahan dan maki hamun..tidak kurang juga dijadikan balaci dirumah sendiri sedangkan adik beradik lain leka dengan masa mereka sendiri..saya sering mempersoalkan kenapa la saya dilahirkan di dunia nie..hanya untuk menderita kesedihan..hanya mampu memendam perasaan..terus terang saya katakan saya tidak lagi menyayangi ibu bapa dan adik beradik saya..mana mampu saya menyayangi orang yang membenci kita? Yang tinggal hanyalah perasaan hormat kerana saya tahu peranan saya sebagai anak..jasa ibu bapa mengandungkan dan melahirkan saya ke dunia ini tidak dapat saya membalasnya..tapi saya tak redha dengan keadaan saya sebegini...Allah jua yang tahu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alangkah baiknya jika kita dapat berhubung secara terus. Jika anda terbaca balasan sy, hubungilah sy di facebook. Mungkin byk perkara yang boleh kita kongsikan

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  7. Sy ditinggal ibu dan dijaga keluarga angkat dri kecil. Dengan keluarga angkat pun dijaga seperti terpaksa dan hampir tercicir belajar sebab kemiskinan mujur ada org luar membantu. Sudah 23tahun dan ibu saya xpernah kembali sehingga sekarang mahu mencari saya. Bukan saya xnk cari ibu tapi keluarga angkat sy sendiri tidak mengenali ibu saya itu siapa semasa sy ditinggalkan. Sy ditinggal bersama surat kelahiran diterengganu walhal tempat keluarga angkat yg sy ditinggalkan di Johor. Xmahu benar saya mencari dia kan. Bapa pula sy tidak tahu kemana. Yg dtg tinggalkan sy hanyalah ibu. Moga Allah membuka pintu hati kedua mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Percayalah.....sy sngat memahami apa yg anda rasakan

      Padam
  8. Sya juga merasa yg sama sejak kecil di maki juga di pukul.Pernah juga di DOA supaya gagal exam. Dihalau dari rumah.Dah bekerja dihina tinggal di rumah apartment juga pakai kereta biasa2.Tak jadi ingatan berbanding yg lain.tapi saya sabar walaupun kecil hati..

    BalasPadam
  9. salam..kalaula ada rakan2 disini yg sudi berkongsi dan mahu mendengar cerita saya..alangkah bertuah nya saya..di benci ibu dr sejak di lahirkan..tanpa alasan..hingga la saat sy menaip msg ini..13/10/15..1.35pm..skrg ibu dihospital kkb..dpt berita dr anak buah..sy yg akn berumor 50thn pd 3 nov ini..dpt pesanan dr adek bongsu pada beberapa bulan yg lepas..ibu berpesan..klu terjadi apa2 dgn ibu..jgn beritahu kpd saya..sejak itu sy tidak berani balik ke kg lg..sejak kematian ayah lebih kurang 2 thn yg lepas..hanya bapa yg syg sy..sehingga saat ini..sy hidup bagai mayat hidup...semua perkara di buat tidak kena........

    BalasPadam
    Balasan
    1. shammyzzz, sebenarnya ramai insan yang senasib dengan kita. hanya orang2 seperti kita sahaja yang memahami apa yang kita rasa. Marilah kita berkongsi rasa...kalau sudi, hubungilah saya diFB yang tertera diblog ini

      Padam
  10. �� this is what happens to me . almost everyday kena marah tanpa sebab . apa saya buat mesti kena marah,bila tlg pun kena marah, sakit pun kena marah. terpaksa diam je bila sakit. tak tau nak buat apa lagi dah :'( dari kecik sampai skrg asyik kena maki je . makin lama belajar makin merosot . stressnya Allah je yg tahu . teringin nak mengadu masalah dkt mereka , tapi saya tau saya takkan merasa semua tu . tlg doakan saya berjaya dunia akhirat dan mampu utk lalui semua ini.

    BalasPadam
  11. Saya punya cerita bapak kahwin sampai 3 selalu menipu emak saya. Emak saya dulu pernah larikan diri sebab tak tahan dengan sikap bapa dan saya ditinggalkan dengan ibu saudara masa 7 tahun. Sedihnya walaupun saya dah besar 25 tahun ada Anak sendiri. Saya tetap tak boleh lupakan saat kehidupan macam tu. Bapa saya ni seorang pemarah cakap pun suka tengking tengking paling sedih dia pernah menyebabkan burung murai saya mati sebab dia ada baling sesuatu pada sangkar tu. Mungkin burung tu terkejut kot. Kalau nak cerita berjela jela. Saya sampai hilang kepercayaan pada bapa saya. Paling seronok dia ajar kami menipu. Menipu emak kalau balik rumah ibu tiri. Emak saya memang tak suka ibu tiri.

    Pernah satu ketika dulu bapa saya pergi ke rumah seorang janda dan minta saya dan Anak saudara nya teman. Masa saya berada di rumah janda tersebut bapa saya memasuki bilik janda tersebut manakala saya berada di bilik lain. Saya jadi berpaling tadah saya kol emak saya cepat cepat beritahu apa berlaku. Sekali tu emak saya kol bapa saya terus bapa saya marah marah saya. Rupanya dia dah berkahwin dengan janda tu secara diam diam janda tu dah jadi isteri ketiga bapa saya.

    Tapi sekarang bapa saya belajar perubatan islam. Jadi penasihat agama pada orang lain. Ya Allah kadang kadang saya sebagai Anak begitu malu nak mengaku yang dia tu bapa saya. Sebab cara dia melayan Anak Anak dan isteri dia marah marah tak langsung pun nampak suami beragama tapi dengan orang lain dengan betina lain Allah je faham betapa gatalnya dia. Baru buat kerja sikit dah mengamuk. Tapi saya mungkin ada sedikit mengambil perangai dari dia perangai memgamuk cepat marah juga.

    Saya pernah juga nak melarikan diri dari keluarga saya sebab saya betul betul tak boleh terima keadaan family saya ni. Emak jadi mangsa hari hari tulis diari kepedihan hati dia tapi kepedihan hati saya siapa yang tahu. Saya tekad nak lari dan akhirnya saya berkahwin dengan seorang jurutera alhamdulillah. Kehidupan saya semakin baik. Dan saya hanya balik sekejap sekejap je melawat emak saya kadang kadang 2 x sebulan kadang 1x sebulan tapi saya masih dipanggil Anak tak kenang budi sebab tak selalu balik padahal saya sudah berusaha balik rumah emak. Sebab nak jaga hati mereka tapi mereka tetap pandang saya sebagai Anak tak kenang budi dan selalu menyakitkan hati mereka.

    Paling saya tak suka saya cuba bagi hadiah yang saya menang kepada bapa dan emak saya. Saya belikan emak mesin jahit supaya dia boleh menjahit tapi sama sahaja tetap nak panggil saya Anak tak kenang budi. Sehinggalah saya pos ke whatsapp group keluarga saya pasal blog kesalahan ibubapa dalam mendidik Anak Anak. Bapa saya apa lagi dia pun tanya senarai kesalahan Anak Anak pada ibu bapa. Oh baru tahu sentap pula bapa saya bila saya pos pasal tu. Memang kali ni saya tekad nak beranak tanpa menyusahkan kedua ibu bapa saya. Biar saya tanggung kesakitan saya.

    Saya dah berusaha jadi yang terbaik tapi tak diterima dan tetap dipandang hina dan mungkin dipandang sebagai Anak derhaka juga. Jadi apa nak buat semoga Allah pelihara mereka sepertimana mereka menjaga saya dari usia saya kecil lagi. Saya tak nak mendoakan keburukan untuk mereka sebab mereka ibu bapa saya. Cuma saya harap mereka mendoakan saya yang baik baik walaupun saya tak boleh terima cara layanan mereka kepada saya.

    Saya tak suka nak jumpa kaunselor sebab mereka asyik kata Anak Anak tak berhak menderhaka ibubapa mereka tapi cuba kalau benda nI berlaku pada mereka sendiri.

    BalasPadam
  12. tkasih kerana kita semua dapat berkongsi rasa di sini

    BalasPadam
  13. Bila baca dr "TANPA NAMA" rasa mcm dpt ubati luka ni.sy seorang Yg berpendidikan agama.title ustazah sek rendah.mungkin klau xpegang pd apa yg dipelajari, mungkin dah lama rasa xnak hdup langsung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, nasib baik kita dilahirkan sebagai seorang muslim. Kita diajar utk terima qada dan qadar. Redha dengan ketentuan Allah.

      Padam
  14. Betapa beza antara org luar membenci dgn ibu membenci diri ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang berbeza.....sakitnya hanya Allah sahaja yg tahu apabila ibu sendiri tidak menerima kita sebagai anaknya sendiri. Tapi percayalah, apabila Allah menarik sesuatu, Dia akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih indah.

      Padam
  15. Bila baca mengalir air mata ingatkan saya saja yg rasa sakit pedih mcmni sy ingat sy orang paling berdosa sbb kena mcmni.. Deni tuhan spnjg kehidupan sy xpernah rasa kasih sayang seorang ibu.. Sy tolak tawaran belajar yg datang mak cakap xdia xnak tnggung sy sebab nanti sy bebankan dia.. Sy sabar sy tolak ap yang datang sy ank bongsu 4 orang abag sy yg bongsu perempuan mgkin orang pikir bongsu yg paling manja yg paling sayang.. Tapi orang salah nilai ank bngsu yg lain mungkin dilyan mcmtu tapi saya allahu.. Dpd kecik sy kna hina kena maki getah paip ,besi pnjg hanger,ranting pkok,wayar smua penah lekat kt badan sy .. Abang² yg ke 3,4 paling mak sayang sy mgalah dilayan mcmtu rupa.. Mak suka menghina bila ada anak kesyangan balik.. Smpai sy dduk dpan cermin pndang rupa sy tye kt mne salah aku apa salah aku.. Sdgkan sy xpnah buat apa².. Sy xberkerja xberduit bila ayah bagi duit tu masa tu lah sy baru dpat merasa duit sayangnga duit tu sbb xpernah rasa berduit.. Bila sy ambik baju mak sy merungut mengungkit cakap duit ayah ada ambik guna knapa sebuk selit guna duit aku.. Sy cakap sy nk smpan duit ni sy xkerja teringin nk simpan xpnah pgg duit balik rumah sy bagi balik duit yg ayah bagi kt sy utk gantirugi.. Kdag² pikir knp saya xpernah rasa bahagaia mcm orang lain.. Knpa mak sy bukan mcm mak kawan² sy.. Hati sayu sedih pedih dpd kecik xpnah nk rasa bahagia kadang² penat sagt letih nk tahan perasaan sakit.. allah kuatkan aku.. Sy xde tempat nk mengadu mungkin ini jalan sy berkngsi cerita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Allah, rupanya ramainya insan diluar sana mengalami nasib yg sama. Kalau la rakan2 yg memberi respon ini dapat saya kenali dengan lebih dekat, ingin sekali sy berkongsi cerita tentang perkara ini. Walau apapun, percayalah apa yg kita alamai selama ini, semuanya ada ganjaran yang sgt berharga kelak . Kita tidak nampak kebaikannya pada hari ini, tapi mungkin 10 tahun lagi kita mengerti kenapa dugaan ini yg Allah beri pada kita.

      Padam
  16. Sye pun hmpir snasib dgan awak sume..sbab ape sye ckp hmpir sbab mak kdang2 mcm syg pda sye kadang2 mcm bnci..anak ksyangan mak ialah abg slung saye..sye anak ke 2..mmg dri kcik mak akan tunaikan sgala permintaan abg baik yg kecik atau yg besar.. tak pernah mak ckp tak..tp blew dgan sye mak akan mrah bsing ckp klaw nk usha sndri wt sye mcm bkan anak dye..smpai sye da trbiasa klaw nk kn sesuatu kna usaha cri sndri..hggalah abg wt prgai mak mula berubah berbaik2 dgan sye. Sye rse gmbira sgt blew mak berbaik2 dgan sye brckp dgan sye kngsi sume perkara dgan sye..smpailah abg kmbali smula pada mak..mak da mula abaikan sye wt mcm sye x wjud kdang2 sye trpkir ape sye ney pde mak..mse abg buat prgai mk cri sye tp blew abg da blik mak lupakan sye..lupakn sume psal sye..sye prnah trpkir nk lari rumah lari dri semua ney.sbab skit sgt da rse mcm tk trtanggung da..tp sye x wt mcm tu sbab sye syg kt mak sye rndu nk mak yg berckp, berbaik dgan sye mse abg wt prngai. Skarang ney klaw sye blik kje sye akn brkurung dlam blik kdang2 smpai x mkn..org dkat umah sye mcm x ksah sme ade sye ade atau tak. Blew sye blik kje sume wt pndagan mcm sye x dperlukan lagi dlam rumah ney..

    BalasPadam
  17. memang sedih bila ibu kandung sendiri bersikap pilih kasih terhadap anak-anaknya. Namun, percayalah apa yg berlaku pada kita hari ini akan menjadi pengalaman yang paling baik untuk kita mendidik anak-anak kita pada masa akan datang. InshaAllah kita akan jadi ibu yang terbaik kerana kita tidak mahu apa yang berlaku pada kita akan berulang pula pada anak-anak kita. Berbaik sangkalah dengan percaturan Allah kerana apa yang berlaku tidak pernah semua bersebab. Cuma kita sahaja yang tidak sabar untuk menanti apakah rahsia disebalik semuanya ini.

    BalasPadam
  18. Ibu saya sendiri tidak dihiraukan oleh ibunya (nenek sy) tp malangnya sy ditimpa nasib yg sama. Keluarga sy agak berada dan kami tak pernah kesimpitan wang namun sy sentiasa dimarahi, dipukul dan dikeji sejak kecil kerana sy tidak sebijak adik2 sy yg lain. Sy merupakan seorg pelajar doctor falsafah namun masih dianggap gagal kerana tidak berjaya menjadi seorang doctor perubatan seperti adik sy. Dari kecil, sy selalu diludah dan dipukul sehingga muntah. Ibu sy sgt mementingkan pandangan org lain terhadap dirinya dan tidak pernah mengaku kesalahannya. Perkahwinannya mungkin bakal berakhir. Sy masih dikeji depan adik2 sy dan org lain walaupon hampir berusia 30 tahun kerana masih belajar dan belum berkahwin. Honestly speaking, keiingin sy utk menjadi seorang ibu telah mati kerana sy takut sy tidak dpt menjadi seorang ibu yg baik kpd anak sy.

    BalasPadam
  19. Ya....biasanya, kisah yg sama ini akan berulang2 cuma puanlah yg menjadi mangsa ibu kandung sendiri. Apa lagi yg boleh kita buat bila berkaitan dgn ibu sendiri melainkan bsabar krn kita tidak mahu mjadi anak derhaka. Puan sepatutnya jgn mjadikan kepahitan hidup puan sbg alasan takut untuk bkahwin. Sewajarnya, puan cabar dia puan yg puan boleh mjadi ibu yg baik. InshaAllah, puan akan mjadi ibu yg disayangi oleh anak2 krn tidak mahu pkara yg sama berulang pula pada anak2 puan. InshaAllah

    BalasPadam
  20. Ya....biasanya, kisah yg sama ini akan berulang2 cuma puanlah yg menjadi mangsa ibu kandung sendiri. Apa lagi yg boleh kita buat bila berkaitan dgn ibu sendiri melainkan bsabar krn kita tidak mahu mjadi anak derhaka. Puan sepatutnya jgn mjadikan kepahitan hidup puan sbg alasan takut untuk bkahwin. Sewajarnya, puan cabar dia puan yg puan boleh mjadi ibu yg baik. InshaAllah, puan akan mjadi ibu yg disayangi oleh anak2 krn tidak mahu pkara yg sama berulang pula pada anak2 puan. InshaAllah

    BalasPadam
  21. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  22. Ya Allah ada juga yg senasib dgn sy..
    sy ada 7 adik beradik dan hanya sy seorang yg dibenci walaupun bermacam2 sy berkorban kerana sy fikir ianya untuk ibu yg tersayang tapi bila sy susah dicaci,maki,dihalau dari rumah berkali-kali, dihalau,dijeling.. tp sy tetap bersabar dan tinggal dgn ibu..
    sehinggakan sy kerap duduk ditempat yg gelap dan berseorangan..
    sy ada ramai kawan2, bila tgk ibu2 mereka menelefon mereka bertanya sudahkah makan, ada dimana, bila nak balik, sy jd sebak sangat.. apa la salah sy sebagai seorang anak.. sy berkerja dari usia 17tahun sehingga umur sy 24 tahun sekarang.. tidak pernah putus memberi duit untuk kesenangan ibu sendiri.. sehingga pakaian sendiri tidak terbeli, kerana nak bagi kesenangan pd ibu.. tapi sayang semua tu tak pernah dikenang ibu sy.. sekarang sy boleh katakan disebabkan hal ini, mental sy tidak stabil, sy sendiri dapat rasakan kewarasan mental sy akan berakhir tidak lama lagi.. hanya yang senasib dgn sy dapat faham apa yg sy rasakan..
    2 hari lepas sy keluar dari rumah membawa baju-baju, sy tak kuat nak menahan rasa sedih.. keluar dari rumah dengan poket berisikan 30sen..
    sy tidur dibawah jambatan berdekatan PWTC, 2 hari tidak makan apa2, hanya mampu menangis mengenangkan nasib diri saya..
    apa apa pun, sy tetap sayangkan ibu.. cuma untuk membuat ibu saya gembira, sy akur, sy undurkan diri, doa sy untuk ibu semoga bahagia bila sy dah tiada selamanya.. atas segala yg terjadi kepada sy, sy ucapkan "ALHAMDULILLAH" TERIMA KASIH YA ALLAH.. :)

    BalasPadam
  23. Sedih mendengar luahan hati dan pengalaman anda semua, allah huakbar..
    Dipendekan cerita. tiap2 bulan sy cuma beri rm200/rm300/rm500 bergantung pada rezeki tapi selalu perlekehkan pemberian sy.. Segala harta peninggalan ayah sy tarikah semuanya sy urusan dan serahkan pada ibu..sy tak ambik satu sen pun..Benar dalam akaun dia adalah simpanan.. hinggakan adik paksa dan heret dia ke pejabat pos utk keluarkan rm20k nak buat belanja kahwin.. Tp tetap dipuji tetap dia syg.. sylah terima mcm termasuk digelar anak derhaka.. sy dan isteri sanggup berhenti kerja dan balik kg dengan niat nak jaga dia dan blhla cari kerja kat kampung.. Kami memang tiada simpanan kerna kami utamakan belanja ibu.. Kami tinggal 3 bulan di kg bersama ibu.. kereta sangkut takda duit nak bayar jd ditolong gadai gelang.. Sy bersyukur krn itu.. Tp setiap hari dia mengungkit..isteri sy kemas rumah, basuh baju, masak dan ibu buat kerja ringan aje tp yala kami takda duit ibu beli barang dpt dia ungkit dan ckp kuat2 berapa dia habiskan utk beli barang dapur sedangkan dulu sebelum kami berhenti kerja isi rumah kami belikan dan duit belanja asing lagi pedih bila masa makan pun dia ungkit menyindir berulangkali. Sy pula biarpun bulan ramadhan mesin rumput racun lalang dan rumpai sebab ibu nak tanah arwah bersih supaya dpt disewakan. Tiap2 hari dr pgi sampai malam takpernah mengadu penat dan letih sy buat semua tu. Tiap2 hari ibu telepon adik tanya khabar.. sedangkan ibu cukup susah nak telepon sy.. Jika sy telepon dia langsung taknak angkat.. Bila dia nak pakai duit aje dia telepon. Bile adik balik kg sy blk kl taknak gaduh bile jumpa.. Ibu siapkan bilik adik bagaikan tetamu terhormat nak tumpang tido.. Siap alas kaki berbagai dari pintu masuk sampai kebilik.. Sy balik kain buruk aje dia hamparkan.. Jd sy peluang kerja offshore lepas 3 hari balik kl.. tp kena bayar duit kursus medical checkup dan card.. Hayat hati nak minta tlg ibu bantu..Tp sepanjang 5 hari sy telepon langsung tak diangkat malah kena reject..Alhamdulilah satu hari ke 6 dpt call ibu dan sy cuba ceritakan hal kerja tu.. bile ckp nak pinjam rm3800.. Ibu ckp sepanjang hidup, sy hanya tahu kikis duit, menyusahkan makbapak, gelang kat pajak gadai pun tak mampu nak tebus, makan minum pun dia tanggung inikan pulak nak pinjam rm3800..Siap ungkit arwah ayah wasiatkan kata2 yang mana jgn bg satu sen pun pada ank2 krn akan menyusahkan ibu.. sedangkan adik rm20k paksa2 dia bg..dia siap mengelarkan sy anak derhaka selalu menyusahkan hidup dia dahla laangsung takda harta bagai papa kedana.. dan dia terus letak.. Ya allah yang maha pengasihani... luluh hati sy.. benar sy takda duit takda harta.. kerja repair dan jual komputer.. pendapatan kecil.. Jd selama ni sy hanyalah bagai driver, tukang kebun tak bertauliah, tukang cuci dan taraf peminta sedekahlah bagi dia.. Mulai hari itu sy cukup kecewa dan patah hati.. sy takkan lagi balik kg.. biarlah anak yg dibanggakan yg selama ini dia sendiri buta hati taktahu, adik sy bagai jijik nak mengaku atau bawa ibu berjalan jumpa besan jumpa kawan2 dia kerna pakai selekeh dan taktahu bergaul..sy mulai berserah.. isteri pun asyik menangis melihat sy selalu termenung dan menjerit menangis dalam bilik air..

    BalasPadam
  24. Wktu umur sy 8tahun ibu sy ckp sy bukan anaknya n adik beradik sy slalu ckp kau bkn adik aku bkn abg aku...mak ayah slalu pgl sy tok mat lengkong sbb sy berkulit gelap...di maki pergi mati "biar mati digilis treler...dr kecil shgga sekarang hati ni sedih smpai ayah meninggal sy xdapat buang rasa di hati..sy tidak pernah di ajar sembahyang,mengaji...masa kecil sy selalu menangis seorng dri..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...